Friday, 3 April 2015

Pesan untuk Abangku,

Dengarlah Abang doa ini untukmu,
Doa ikhlas dari adik bongsu,
Ubah diri sebelum diselimut,
Agar Abang tidak terus hanyut,

Dulu kecil sekarang dewasa,
Saudara sendiri sudah berkeluarga,
Jika sekarang Abang tidak mampu berdikari lagi,
Ketahuilah kami semua akan pergi dijemput Ilahi,

Mama ada bersama kita,
Ditinggalkan Ayah suatu ketika,
Dari situ kita hilang kasih sayang ayah,
Mama membesarkan kita tanpa kenal erti susah payah,

Upah bidan pun tak berbayar,
Kasihan Mama Ayah belayar,
Adik besar tolong Mama,
Abang besar susah Mama,

Adik lihat pada awan yang mendung,
Biawak hidup sering Mama dukung,
Kata orang jangan cari padah,
Dah terlambat, Abang terjebak kancah dadah,


Kasihan kami padamu sia-sia,
Kasihan kamu padamu tidak pernah ada,
Kita sama kita pikul tanggungjawab bapa,
Walaupun dulu kita tidak berbapa,

Tidak minta lebih dari yang mampu,
Harap masa lalu simpan di dalam buku,
Selitkan doa di setiap lima waktuku,
Moga cerah masa hadapan ketemu,

Sebelum pintu panas terbuka dari langit,
Sebelum ikan berenang-renang di langit,
Sebelum roh diangkat hina ke langit,
Ke pangkal jalanlah doa dari penghuni langit,

Memang dah terlambat,
Namun lebih baik lambat dari tidak buat,
Ayuh Abang ku doa kami akhir hayat,
Persediaan kita berada di akhirat.

Tunjukkan pada Esa Abang mampu ubah hati,
Tunjukkan pada Mama Abang mampu berdikari,
Tunjukkan  pada Sayang kehebatan diri sendiri,
Tunjukkan pada Adik Abang tidak macam dulu lagi

Thursday, 2 April 2015

Bebanan GST

Salam..

2 April 2015 , hari kedua GST, masih lagi riuh di laman sosial mahupun di kaca TV bercakap mengenainya. Rata-rata hampir kebanyakkan pengguna sekarang menyemak semula resit pembelian yang sebelum ini hanya dibuang begitu saja. HAHAHA. Bermakna ada jugalah kebaikan GST ni, dimana pengguna lebih cermat disamping mereka berjimat.  Tapi hampir keseluruhan pengguna lebih kepada membangkang isu perlaksanaan GST. Mana tidaknya, kos taraf hidup makin naik, semua barang dibeli dan perkhidmatan yang digunakan dikenakan cukai. Bagi orang kaya "small matter" mungkin diorang cakap macam tu. Mungkin la... Tapi untuk orang yang hanya cukup-cukup makan? Kena la prepare duit lebih untuk bayar cukai. HAHAHAx2. For my opinion sendiri, GST ni mmg membebankan AKU!! Tambah 1 lagi seru ! Langkah untuk memajukan negara mmg la harus, tapi fikir la cara lain, takkan la OTAK MENTERI2 yang berkelulusan tu tak da cara lain? Bukannya nak kata Menteri tak da otak, cuma Menteri tidak berfikir di luar kotak. Maafkan saya, saya cuma wakil daripada rakyat untuk meluahkan perasaan.




Hendak cakap banyak pun tak guna sangat, benda ni dah berlalu dan lama kelamaan benda ni dah sebati dengan kehidupan seharian. Bagi BR1M senyaplah kejap. HAHAHAx3. Aku tak kata aku tak sokong kerajaan, ada juga certain things yang kerajaan tolong macam bil elektrik kurang RM20 tak payah bayar dapat la ringankan beban rakyat sikit. Cuma sesiapa yang jadi kerajaan pun akan ada benda macam ni berlaku. So, kalau rasa taknak jadi mangsa, berjimat mana yang mampu, cari duit lebih (MUST), or else u just paid to the tax. At the end of the day, no holiday with family, no saving, no shopping, no enjoy, All is cukup-cukup makan. hihi. Anyway this is my first blog, salah silap harap maafkan, mohon kritikan positif dari senior. Wasalam.